Hari jumaat penghulu hari buat umat Islam. Hari jumaat hari paling special dalam banyak2 hari.
Antara perkara yang sunnah dibuat hari jumaat ialah menderma. Sesungguhnya menderma itu menambahkan lagi rezeki. Sesungguhnya, segala harta yang kita rasakan kita miliki itu, bukanlah milik kita yang sebenarnya. Tetapi, bahagian yang kita dermakan itulah sebenarnya milik kita. In shaa Allah.
Dermalah seikhlasnya tanpa mengungkit dan menyebutnya dihadapan orang lain bagi mengelakkan riak dan diterima NYA. Dermalah sehingga kita tidak ingat pun kita pernah menderma. Dermalah agar rezeki yang kita perolehi diberkati. Dermalah kerana sebahagian harta yang kita perolehi itu berhak ke atas orang lain.
Derma itu berbagai bentuk. Bole jadi dengan hanya memberi pertolongan membawakan barang orang yang lemah seperti orang tua. Bole jadi hanya membuangkan batu atau ranting yang terdapat di jalan depan rumah. Bole jadi dengan menyiramkan pokok bunga jiran sebelah tanpa diketahui. Bole jadi dengan mendoakan kesejahteraan umat islam yang lain.
Dermalah. Ia memberikan ketenangan buat sang penderma. In shaa Allah ia juga memberi pertolongan kepada kita di akhirat kelak.
Selingan derma :
Ada seorang budak darjah 1 ni. Dia selalu senyum kat tabung masjid..sikap budak tu dilihat oleh imam, dan imam tu berasa hairan.. Suatu hari imam bertanya kpd budak tersebut.. “Kenapa adik senyum kat tabung tu?” Budak tu pun jawab. “Cikgu saya pesan, senyum itu sedekah..saya takda duit nak sedekah, jadi saya senyum jelah kat tabung tu"..
~senyum itu sedekah~
Apa khabar umat Islam yang lain? Adakah kita peduli dengan nasib mereka? Adakah kita pernah menolong mereka? Jika duit tidak mampu dihulurkan, doalah buat mereka. Jika doa juga tidak mampu, boikotlah. Keraskan jiwa cekalkan hati, tidak rugi memboikot. Tetapkan niat, pasti ada jalan.
https://m.facebook.com/AmanPalestinOfficial