TABUNG CIK DANISH

Wednesday, 25 March 2015

Charity Jars

Bismillah...

Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw..

Assalamua'laikum wbt dan Salam Sejahtera buat pembaca blog Cik Danish.

♥ Subhanallah.
♥ Alhamdulillah.
♥ Allahuakbar.
♥ Laa ilaha illallah Muhammadur Rasulullah..

Harini Cik Danish cuma nak share mengenai charity jars yang dilakukan oleh Puan Azila Aziz iaitu founder Telekung Project yang quiet famous dalam dunia kebajikan di muka buku. Muka buku? Facebook. Hehe. Mungkin ramai sudah mengenali Puan Azila dan projek yang dilakukannya. Tapi Cik Danish nak juga copy paste ayatnya sekadar untuk meluaskan lagi bahang charity jars ke dunia blog pula. Sharing is caring kan untuk benda baik :-)

Secara ringkasnya, charity jars ini diwujudkan untuk memupuk diri bersedekah setiap hari secara istiqomah. 1 set ada 8 balang. Iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad dan Harian. Nak buat sendiri pun boleh guna balang kaca hasil recycle prego atau jem roti yang ada kat rumah tu. Paling tidak pun boleh guna balang kuih raya atau botol botol plastik yang sedia ada di rumah tu. Tapi, kalau nak comel dan teringin nak membantu dengan membeli sambil menderma pun boleh. Beli sahaja dengan Puan Azila ni. Harga 1 set charity jars ini RM30 termasuk pos. 100% hasil keuntungan jualan charity jars ini Puan Azila akan masukkan ke dalam dana Dapur Ramadhan Syria yang diusahakannya.

Ok. Ni yang Cik Danish copy paste detail mengenai charity jars. Selamat Membaca.

♥♡♥♡♥♡♥

#CharityJars

Apa itu Charity Jars?

Balang2 yg dilabelkan mengikut hari dari Isnin hingga Ahad dan admin tambah satu hari lagi yang dinamakan EVERYDAY. Charity Jars ini hanyalah balang2 biasa tidak semestinya pakai atau beli dari admin, sahabat boleh juga recycle dari balang2 yg ada atau boleh buat sendiri. Susun balang2 ini ditempat yg dapat memotivasikan diri sendiri.....

Bagaimana Charity Jars ini berfungsi?
PELBAGAI kaedah boleh dimanfaatkan dgn Charity Jars ini. Dan admin akan terangkan mengikut amalan admin selama ini dan sahabat boleh lakukan mengikut kesesuaian masing2.

Setiap 1hb setiap bulan, admin akan niatkan setiap isi dalam Jars itu untuk siapa? Berdasarkan pengetahuan admin terhadap insan-insan yg memerlukan. Jadi admin mulakan balang yg kosong dgn mengisi 'NIAT' utk disedekahkan pada siapa/pihak mana. Bermakna 8 jars..... 8 org/pihak yg admin NIATKAN utk menerima sedekah dari Charity Jars ini.

(TAMBAH NILAI: bila nak buat keputusan insan/pihak mana yg nak diniatkan, cuba libatkan anak2 dgn bertanya maklumat dari mereka jika mereka tahu mana2 rakan sekolah mereka yang memerlukan. Secara tak langsung mendidik anak kita prihatin dgn insan lain. Atau admin selalu input pada anak2 tentang isu semasa agar mereka tahu pihak/insan mana yg memerlukan lalu kami buat keputusan BERSAMA utk niatkan setiap isi balang adalah utk SIAPA.)

Setelah niat dipasang, admin dan anak2 akan DISPLAY balang2 itu sebagai motivasi kami utk memberi pada yg telah diniatkan bulan itu. Bermakna, setiap hari admin didik anak2 agar BERKONGSI sedikit wang tambang sekolah dgn CHARITY JARS dan admin juga mula memasukkan wang dalam charity jars sebagai sedekah subuh. Biarlah sedikit duit yg dimasukkan tapi yg penting ISTIQAMAH. Dan admin juga mendidik diri dan anak2 sebelum tidur cuba check mana2 ruang utk kita kongsikan duit baki utk hari tersebut dan masukkan dlm jars sebelum tidur. Sebab kematian itu kita tak tahu bila, mungkin masa tidur.... makanya lepaskan apa yg berbaki supaya menjadi tambahan pahala....

Begitulah setiap hari..... sehingga cukup sebulan kami bersama2 akan kira berapa yg dpt dan kami akan agihkan pada insan/pihak yg diniatkan. Dan setiap 1hb kami ulang semula proses dgn membarukan niat utk bersedekah pada siapa dan siapa lagi.....

Itulah amalan charity jars yg admin amalkan dgn anak2.... MULAKAN HARI DENGAN BERSEDEKAH dan TUTUP HARI SEBELUM TIDUR JUGA DENGAN BERSEDEKAH. Charity jars ini hanyalah ruang dan amalan utk kami visualize usaha kami anak beranak dan JIKA MEMBAWA KEBAIKAN kami mahu berkongsi dengan kalian semua.

Charity Jars ini tidak semestinya beli dgn admin... boleh DIY dan yg nak sebarkan idea ini juga digalakkan dan yg nak usaha menjual set Charity Jars ini seperti admin juga digalakkan kerana admin percaya ramai diluar sana yg lebih kreatif dari admin. Charity Jars ini tiada COPYRIGHT kerana ilmu dan ilham adalah milik ALLAH dan admin sekadar berkongsi apa yg admin amalkan. Cuma disini admin nak ambil kesempatan utk terangkan admin NGO tidak boleh buat keuntungan, maka setiap profit dari penjualan SET CHARITY JARS adalah 100% utk kegunaan charity dan admin niatkan profit penjualan ini kepada DAPUR RAMADAN SYRIA......

Semoga bermanfaat.... utk insan yg sudi membaca word by word :)

Salam Ukhwah
Azila Aziz

★☆★☆★☆★

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli sambil menderma,
 ♣ 1 set = 8 jars = RM30 termasuk pos
 ♣ Warna : limited edition/pastel/rainbow/biru
 ♣ sms atau whatsapp ke 0193597733


♥♡♥♡♥♡♥

Note : Cik Danish tidak pasti ye sampai bila charity jars ini akan dijual. Buat masa ini bulan Mac 2015 in shaa Allah ada. Bulan April Mei Jun Wallahua'lam. Apepun sila tanya nombo yang tertera ya.

Sebarang tempahan atau pertanyaan,
♣ sms atau whatsapp ke 0193597733






Selamat Membeli Sambil Menderma


Sunday, 22 March 2015

Kidz Bin Organizer

Bismillah...

Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw..
Assalamua'laikum wbt dan Salam Sejahtera semua.

Hari ini Isnin 23 Mac 2015. Nabi Muhammad saw juga lahir pada hari Isnin tapi Tahun Gajah. Hari ini juga di Johor cuti hari Isnin kerana diadakan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim. Di Singapura pula, hari ini hingga 29 Mac 2015 adalah hari berkabung di atas pemergian Perdana Menteri mereka yang pertama iaitu Mendiang Lee Kuan Yew yang berusia 91 tahun.

Bagi umat Islam umat Nabi Muhammad di akhir zaman terutama di bumi Malaysia ini, hari ini jika tidak silap perkiraan, tinggal 87 hari lagi Ramadhan akan menjengah. Bagi kaum hawa yang belum ganti puasa Ramadhan 2014, bolehlah mula merancang untuk menggantikan puasa secepat mungkin.

Ok. Sekarang baru nak ke tajuk asal. nak perkenalkan 4 jenis kartun untuk Bin Organizer yang biasanya digunakan sebagai tempat simpan mainan anak anak agar rumah lebih kemas bersih dan ceria tanpa mainan yang sentiasa berselerak. 

♥♥♥♥♥♥♥

Kidz 6 Bin Organizer

Design : Frozen, Hello Kitty, Elmo, Sofia The First

Price : RM195 Peninsular

Delivery : 2-5 Days via Airpak


Description : 

★ Product Dimension : 26.5" (H) x 25" (W) x 11.75" (L)

★ 6 fabric storage bins

★ Small bins dimensions : 8.25"W x 10"L x 4.75"H

★ Medium bins dimensions : 12"W x 10.5"L x 4.75"H

★ Large bins dimensions : 24" (W) x 12" (L) x 9.25" (H)

★ These storage bins are supported by well-constructed wood designed


:-)













Kebersihan itu sebahagian dari Iman
Salam Ceria


Saturday, 21 March 2015

Menabung

Bismillah..
Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw.
Assalamua'laikum wbt dan Salam Sejahtera.

Terima kasih, syukran, thank you, arigatou kepada semua pembeli yang jujur dan baik baik belaka. Maaf baru berkesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kerana percaya untuk berjual beli dengan Cik Danish. Alhamdulillah.

Harini Cik Danish nak ambil pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dimana jika ingin mendidik sesuatu perkara itu eloklah semenjak dari kecil. Namun, jangan risau jika sudah besar, anda tetap boleh melakukan apa yang anda impikan. Tanamkan azam, tanamkan niat kerana Allah dan fokuslah, in shaa Allah anda juga boleh istiqomah melakukan sesuatu meski bukan dari kecil. Cuma mungkin mengambil masa untuk mendidik tabiat tersebut agar sebati dengan jiwa.

Panjang pula membebel. Cik Danish nak perkenalkan tabung je sebenarnya. Nak tanamkan sifat suka menabung. Terutama kepada anak anak. Tapi mak ayah adik abang kakak makcik pakcik pun boleh juga menabung. Sikit sikit lama lama jadi bukit juga. Jangan tunggu ada duit lebih tapi menabunglah dari sekarang walau macamana sekalipun biarpun bermula dengan sekupang. In shaa Allah ada hasilnya. Sesuai dijadikan hadiah buat anak kecil mahupun kepada rakan.

♡♥♡♥♡♥♡

Mischief Saving Box
Tabung comel panda, kucing dan tikus.

Price 1 box : RM40
Price 2 box : RM70
Delivery : 1-3 days via poslaju/Airpak
Sabah/Sarawak : Add RM5
Weight per box : 0.5Kg

Features :
★ Size : 12*10*9cm (4.7"*3.9"*3.5")
★ Powered by : 2 x AA Batteries (not included)

Why choose this saving box :
♥ A must item for child or gifts
♥ Excellant design for collecting your saving and changed coins
♥ This cat will steal all your spare change and save money for you greedily
♥ The movements are made so realistic that make you watch this adorable toys over and over
♥ Cat would eat all your coins once you place on fishbone
♥ You could give it to your friends as a unique gift
♥ Greatly help you to develop a good habit of saving money
♥ Compact, interesting & funny


Source Video :
Click here cuties
https://www.youtube.com/watch?v=wVRL2No-XZg





Selamat Membeli
Selamat Menabung

Sunday, 1 March 2015

Rak Kasut Mac 2015

Bismillah..
Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw..
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera..

Harini nak perkenalkan dua jenis rak kasut bertutup. 8 tingkat dan 12 tingkat. Moga kasut di rumah atau di pejabat atau di mana jua anda letakkan mampu menampung kasut yang bersepah agar tampak lebih kemas dan teratur kawasan tersebut. Oke jom cuci mata..

♥♥♥♥♥♥♥

8 Tier Shoe Rack

Design : Brown, Cherry Pink, Flower Red
Price : RM75 Peninsular
Delivery via Airpak : 2-5 Days

Product Features :
♡ Big capacity store up to 27 pairs
♡ Stay neat and organized
♡ Come with side compartments
♡ Easier handing with dual way zip
♡ DYI shoe rack tier for high boots
♡ Conveniently stores all shoes in one spot
♡ Simple and modern

Product Specification :
♡ Material non-woven fabric
♡ Anti-rust steel pipe
♡ Size Approximately 165cm × 60cm × 30cm
♡ Multiple colors available
♡ Comes with cover

★★★★★★★

12 Tier Shoe Rack

Design : Cherry Pink, Brown, Flower Red
Price : RM90 Peninsular
Delivery via Airpak/Abx : 2-3 Days

Product Features :
☆ Big capacity store up to 15 pairs
☆ Stay neat and organized
☆ Come with side compartments
☆ Easier handing with dual way zip
☆ DYI shoe rack tier for high boots
☆ Conveniently stores all shoes in one spot
☆ Simple and modern

Product Specification :
☆ Material non-woven fabric
☆ Anti-rust steel pipe
☆ Size Approximately 119.5cm × 31.5cm x 104.50cm
☆ Multiple colors available
☆ Comes with cover

:-)




Selamat Membeli