TABUNG CIK DANISH

Wednesday, 13 January 2016

Stik Madu Asli

Bismillahirrohmaanirrohiimm..
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera.

Mencari jajan terbaik buat diri dan anak anak? Janjan terbaik buat seisi keluarga? Berhasrat untuk mengamalkan makanan sunnah tahun ini? Berhasrat untuk berikan sebagai doorgift?

Alhamdulillah. Mai dapatkan dari Cik Danish.

STIK MADU

Jom Dapatkan Stik Madu ini.
Semudah ABC je mengambil madu dimana jua. Moga kita dapat khasiatnya dan pahala sekali.

Ada dua jenis madu stik yang Cik Danish jual. Jom kenal kenal.

1) MADU KELULUT

Madu kelulut lebah lalat / stingles bee 100% hasil ternakan lebah kelulut dari Malaysia TANPA mengubah apa2 rasa dan warna 100% ORIGINAL!

BERAT BERSIH
6ML/8GRM - +

RM20.00 / PEK 10 STICK
RM45.00 / PEK 30 STICK
RM145.00 / PEK 100 STICK

Postage RM6

^_^

2) MADU ASLI ARAB

Madu asli yang diternak dari kawasan pergunungan Arab yang mempunyai udara dan persekitaran yang bersih dan nyaman serta terdapat bermacam jenis bunga.

BERAT BERSIH
6ML/8GRM - +

RM10.00 / PEK 10 STICK
RM42.50 / PEK 50 STICK
RM80.00 / PEK 100 STICK

Postage RM6

^_^

Berminat untuk tempahan?
Wasap atau Telegram Cik Danish
0196582631

Perkenalkan diri ye..
Terima Kasih..

^_^










Buku ENGLISH itu MUDAH

Bismillahirrohmaanirrohiimm..
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera

BUKU
ENGLISH ITU MUDAH

Lama kan x nampak buku ni?
Hehehe.
Sebab stok kehabisan..
Menunggu diulang cetak lamaaaa...
Sekarang Alhamdulillah..
Dah ada balik untuk bertemu tuannya..
So, nenek nenek, atok atok, mak mak, bapak bapak, isteri isteri, suami suami, kakak kakak, abang abang, adik adik boleh la ye dapatkan sekarang.

:-)

Kepada yang ingin membeli, Jutaan Terima Kasih kerana berminat dengan buku ENGLISH ITU MUDAH

Buku ini :
√ Penerangannya dalam Bahasa Melayu
√ MUDAH, CEPAT dan BERKESAN
√ Jimat MASA
√ Boleh belajar sendiri
√ Lebih Efektif
√ Nipis (129 Muka Surat Sahaja)
√ Belajar dari Basic

Buku ini sangat sesuai bagi :
1) pelajar sekolah rendah
2) pelajar sekolah menengah
3) pelajar IPTA
4) Individu dewasa yang mahu 'improve' english.

=====================
Harga Buku :

Semenanjung :
• RM 20 + RM 7 (Postage)
= RM 27

Sabah & Sarawak
• RM 20 + RM 10 (Postage)
= RM 30

^_^

Serius ingin membeli?
Nak beli satu je? Boleh sayang..
Nak beli borong? Lagila boleh sayang.

Untuk tempahan
Yok wasap atau telegram Cik Danish.
0196582631

Perkenalkan diri ye sayang..
Terima Kasih..

✉ Maklumat postage :
1. Nama penuh
2. Alamat penuh
3. No telefon

:-)







Testimoni Eziclean Cik Danish

Bismillahirrohmaanirrohiimm..
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera

Eziclean
Eziclean
Eziclean

Testimoni Cik Danish

Harini nak buat testimoni Eziclean. Serbuk pencuci keluaran hai-o. Yang dikatakan boleh menampakkan baju kelihatan baru. Kasut pun nampak putih balik. Bontot kuali hitam legam tu pon boleh bersih..

Ok. Sebelum tu. Sape yang belum kenal Eziclean, boleh bace ni dulu yang terdapat di website hai-o.

Serbuk pencuci pekat Eziclean dirumus dengan sistem serbuk pencuci yang unik dan mesra alam. Ia mengandungi pencegah karat dan bahan anti-endapan semula. Produk ini mempunyai natrium tripolifosfat, 3 jenis enzim, pencerah optik, kurang berbuih dan pekat formulanya. 

Apakah keistimewaan serbuk pencuci pekat Eziclean?
Ia dirumus dengan sistem serbuk pencuci yang unik, bahan pencegah karat dan bahan anti-endapan semula. 

Adakah serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi sebarang likatan atau Caustic Soda atau buih?
Serbuk pencuci pekat Eziclean tidak mengandungi sebarang likatan atau Caustic Soda. Di samping itu, ia kurang berbuih.

Apakah bau serbuk pencuci pekat Eziclean?
Bau haruman bunga-bungaan.

Adakah serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi pencerah optik?
Ya, serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi pencerah optik untuk memastikan pakaian supaya kekal kelihatan cerah dan baru.

Cara penggunaan dengan mesin pencuci:
Sekiranya kuantiti cucian sederhana, keperluan serbuk pencuci adalah sesudu (20g).
Sekiranya kuantiti cucian banyak, keperluan serbuk pencuci adalah 1 1/2 sudu (30g).

Cara penggunaan dengan cucian tangan:
Sekiranya kuantiti cucian sedikit, keperluan serbuk pencuci adalah 2/3 sudu (15g).
Sekiranya kuantiti cucian sederhana, keperluan serbuk pencuci adalah sesudu (20g).

Ok. Sekarang testimoni Cik Danish bermula.. bahasa agak kasar sikit. Guna aku, den. Baru rasa betul betul testimoni dari hati seikhlasnya. Sebab kalau guna Cik Danish tu macam baik sangat. Macam tak boleh nak luahkan apa yang terbuku di hati dengan telus. Macam cuba sembunyikan something. Tak all out kata orang. Huhu.

Ok. First of all. Tergerak hati nak beli Eziclean ni sebab utamanya nak putihkan baju pagoda didi. Didi? Didi tu ayah ye. Ok. Sambung balik. Tergoda dengan iklan iklan di muka buku dengan testimoni bontot kuali boleh bersih. So, excited la nak beli. Tapi, survey survey dulu. Dah habis survey, order dengan kawan. Kebetulan dia ada jual, beli jela dengan dia, settle.

Pastu cerita kat ibu di pasal Eziclean tu. Didi cakap, kalau betul boleh putih, lepasni didi nak beli. Ibu pulak tambah, beli sekotak kalau betul boleh putih. Haha. So, bermulalah episod cuci mencuci.

Episod satu.
Episod satu belum mula dengan pagoda. Mula dengan seluar jubah didi dan kopiahnya. Kebetulan didi balik masjid, Eziclean pun sampai rumah. Didi pun apalagi. Suh basuhkanla selua putih yang kotor tu. Musim hujan kan. Seluarnya kotor. So, amek selua tu, rendam. Tapi rendam tak sampai satu malam pun. Tapi bila angkat seluar tu, nampak la putih bersih. Kopiah je tak nampak sangat hilang daki daki hitam tu. Mungkin sebab rendam sekejap. Apepun, puas hati episod satu ni sebab seluar didi nampak cun.

Episod dua.
Pagoda la kan. Didi bagi 10 helai baju pagoda termasuk baju putih yang kekuningan. Baju bersih dari almari. Baju belum kotor. Semua agak kekuningan, ada kesan hitam yang tak hilang dan ada pagoda yang berkerak kuning di bahagian ketiaknya.

Misi dimulakan dengan merendam 10 helai baju tu dengan Eziclean semalaman. Esoknya cuba angkat baju, tak nampak putih pon? Huhu. Sedihnya. Sebab sikit sangat ke letak serbuk pencuci tu?

Ok. Rendam kali kedua pula. Kalini air rendaman dah dibancuh dengan Eziclean. Baju pun tabur eziclean. Rendam satu malam lagi.

Esok. Angkat baju, mana putihnya? Kuning je lagi. Huhu. Xpela. Basuh jela. Kang rendam lama lama bertaik lalat pulak. Ok. Bilas, sidai.

Petang tu, didi balik keje tengok pagoda kat ampaian, "Akak, tak putih pun? Pagi tadi siap gonyoh gonyoh lagi bajunya". Apa lagi. Frust den dibueknya. Ingat den je tengok tak putih. Huhu.

Malam tu. Nampak didi sapu ubat kat jari. Didi cakap jari pedih sangat sebab gonyoh pagoda yang rendam Eziclean tu. Dalam hati. La. Yeke. Sedihnye. Kesian di. Maaf di. Maaf sangat. Hurmm.. Ingatkan aku dok rendam rendam baju tu, terkena sikit serbuk tu, pedih, sebab kulit tangan aku yang sensitif. Tapi tak rupanya. Memang serbuk tu bisa gak. Berasid agaknya. Sebab bila di pun kata pedih tu, aku terus simpulkan dalam kepala. Eziclean ni sama macam clorox jela. Jari pedih dan jadi kasar sikit. Cuma Eziclean wangi sikit. Tapi aku tak suka wangi dia. Wanginya cam pelik sikit. Macam tengik di hidungku. Huhu. Suka lagi bau wangi softlan pink la. Soft je baunya. Apepun. Otak terus berkira kira. Macam tak berbaloi je beli. Naseb baik beli satu je. Huuuu..

Episod tiga.
Tak puas hati lagi macamana ada testimoni bontot kuali boleh bersih. Tapi baju di semua tak putih pun. Tak bole jadi ni. Kalini misi membersihkan alas kaki pula. Kita tengok bole bersih ke tak alas kaki yang dah hitam tu. Rasanya ada 2-3 bulan gak tak berbasuh alas kaki tu.

Ok. Macam biasa. Amek 3 alas kaki yang terpilih, bancuh Eziclean dalam baldi, tabur Eziclean kat alas kaki. Rendam satu malam.

Esoknya, angkat alas kaki, tengok air rendaman tu hitam! Haha. Kotoq betoi. Hehehe. Okok. Sambung balik. Alas kaki tu, berus sekuat boleh. Sental sepuas hati. Penatnyeee.. Tapi tak putih bersih pun. Kata tak perlu sental sangat. Huhu. Takpela. Mungkin sebab kotor sangat kot. Basuh jela. Dah basuh, rendam lagi sekali satu malam dan sental lagi esoknya. Tak putih putih gak. Nampak lagi hitamnya. Huhu. Basuh dan sidai jela. Mungkin masa basah je nampak masih hitam. Dah kering nanti nampak bersih kot.

Oke. Dah kering, resultnya takde la putih benor. Tapi oke jela. Takde la puas hati sangat. Didi tengok pon tak puji. Tak kata pape pun. Huhu. Tapi alas kaki pink tu nampak bersih. Satu tu jela. So. Kalau ade sepuluh bintang, den bagi 5 bintang. Sederhana gitu.

^_^

Kesimpulan.

Eziclean ni pada aku, sesuai untuk yang baru kotor, yang selalu guna, yang selalu sental. Apa yang baru kotor dan selalu guna tu? Macam baju budak sekolah la. Balik rumah, mak cek baju kotor, rendam dengan Eziclean. In shaa Allah putih balik. Baju kerja suami ke isteri ke macam nurse tu pun sama. Yang selalu sental pulak, macam kasut sekolah budak budak. Diorang balik sekolah je, amek. Rendam. Sental sikit. In shaa Allah ada harapan nak putih balik.

Tapi. Kalau baju ke ape ke yang dah lama kotor, macam baju pagoda didi tu, tak pernah kene sental, tak pernah basuh tangan, tak jalan gak dwi putihnya. Kuning kuning tu tak hilang pun. Alas kaki pulak, boleh kot nak putih. Tapi kene rendam lagi dua tiga kali kot baru putih berseri.

Borak borak dengan didi. Sebut pasal eziclean ni. Tup tup, didi pun cakap kesimpulan yang sama. Haha. Tapi lain orang lain la feedbacknya kan. So dont worry k.

Pasni den nak teruskan misi bontot kuali pulak. Nak tengok betoi ka boleh bersih hitam bontot tu. Huhu. Harap harap boleh la hilang hitam tu macam testimoni orang lain. Huhu.

Apepun, kalau baju budak budak sekolah, kasut sekolah, in shaa Allah berkesan dwi putihnya. Elok la untuk mak mak beli. Sonang sikit koje.

Last but not least, sape nak beli, boleh beli dengan ahli ahli hai-o. Sekarang harga bukan ahli RM23 untuk sekilo. Tidak termasuk pos. Salah seorang ahli hai-o, kawan den, Puan Hidayah. Bole wasap dia 017 334 3684. Kenalkan diri dan tanya dia ada stok Eziclean lagi ke tak k.

Ok. Selamat Mencuba Semua.

:-)

Resipi Kek

Bismillahirrohmaanirrohiimm..
Assalamua'laikum dan Selamat Pagi.

Resipi kek ini dapat dari muka buku. Disebabkan henfon selalu heng tak cukup ruang, kita tepek kat blog ya. Sambil tu boleh kongsi dengan sesiapa yang memerlukan kan.

Macam macam resipi kek kat gambar tu. Resipi Brownies la, Cheese Kek la, Kek Span la, Kek Sarang Semut la, Kek Buttermilk la, Kek Kukus Pelangi la dan macam macam. Terima Kasih la yang berkongsi resipi di muka buku tu. Moga ia menjadi saham akhirat. 

Kepada pembaca blog. Selamat membuat kek ye.

^_^















Sunday, 10 January 2016

Palestin Syria

Bismillahirrohmaanirrohiimm..
Assalamua'laikum wbt dan Selamat Malam..

Entri ni entri simpan gambar. Hehe. Dok belek belek gamba kat fon, baik simpan kat blog. Sikit je pun. Save gambar dari muka buku. Nampak orang share share kita pun simpan. Sekarang, abadikan dalam blog. Mudah nak nengok kemudian hari. Hehe.

Semoga kita semua hari hari mendoakan  saudara seislam kita di Palestin Syria Jordan dan negara negara islam lain. Semoga kita di Malaysia juga selamat dari segala musibah, malapetaka dan fitnah dajjal. Ameenn..

Ya Allah, lindungilah kami umat islam ahli sunnah wal jamaah. Teguhkanlah iman kami Ya Allah. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus Ya Allah. Ameen..

Monday, 4 January 2016

Palestin di Hati

Bismillahirrohmaanirrohiimm..
Assalamua'laikum dan Selamat Malam.

Malam ni nak up pasal Kedai Amal Aman Palestin sikit.
Selain boikot barangan zionis yahudi, kita juga boleh membantu Palestin dengan membeli sambil beramal.
Sekarang Kedai Amal Aman Palestin ada buat promosi jualan.
Jom membeli sambil beramal.

Bagi sesiapa yang :
√ Berminat untuk membeli sambil beramal.
√ Tidak berkelapangan untuk ke Kedai Amal Aman Palestin.

Anda boleh :
√ LIKE Pages Kedai Amal Aman Palestin dan membeli secara Online Barangan dan Produk Aman Palestin Berhad.

Like page mereka disini :
https://www.facebook.com/pages/Kedai-Amal-Aman-Palestin-Berhad/345786525523151?fref=ts

Bagi mereka yang berkelapangan pula, boleh terus ke kedai di :

Kedai Amal Aman Palestin Berhad Malaysia 
NO.2-G,Jalan Putra Kajang 6,Taman Putra Kajang,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

Antara Produk-Produk di Kedai Amal Aman Palestin Berhad seperti berikut : 
1-Buku-buku berkaitan Isu Palestin
2-Al-Quran & Terjemahan 
3-Badges Palestin 
4-Stiker Kereta & Motor 
5-CD Palestin 
6-Tabung Palestin 
7-Mafla Palestin 
8-T-Shirt Muslimin & Muslimah 
9-Tudung Muslimah 
10-Keychain Palestin 
11-Buku Nota 
12-Lanyard 
13-Minyak Wangi 
14-Coklat Palestin 
15-Kemeja Muslimin & Jubah Muslimah 
16-Ball Pen 
17-Kraftangan dari Palestin 
18-Bantal 
19-Topi 
20-dll.

Untuk belian produk Amal Palestin,
Hubungi atau Whatsapp : 019 6551536

:-)

Jika anda berminat untuk menyumbang dari segi kewangan, sumbangan boleh dibuat di akuan bank seperti berikut :
» Bank Islam:12029010047880
» Maybank:562263010787
» CIMB Islamic:8600460353
» Bank Muamalat:12070005133717
» RHB Bank:21245760004907
» Bank Rakyat: 220806195922
» Al-Rajhi Bank: 103001881110858

» Tel:+60389267019

^_^

Layari laman web mereka :
www.amanpalestin.net

^_^