TABUNG CIK DANISH

Tuesday, 19 May 2015

Flower Crown

Bismillah..
Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw..
Assalamua'laikum dan Selamat Malam..

Entri flower crown ini cuma ingin mengabdikan tiga keping gambar hasil diy bersama teman membuat sendiri flower crown untuk majlis perkahwinan sahabat kami, ija yang akan bersanding pada 7/6/2015 nanti..

Moga pernikahan yang akan berlangsung pada 5/6/2015 di Masjid Besi akan berjalan lancar dan menjadi titik permulaan penambahan pahala bagi pasangan garam dan lada yakni ija dan syafiq. Moga mereka dan semua yang bakal mendirikan masjid bahagia bersama pasangan hingga ke syurga Firdaus.

Salam kenangan..

Monday, 18 May 2015

Set Kombo Pakaian Mei 2015

Bismillahirrohmaaniirrohiim..
Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw..
Assalamua'laikum dan Selamat Malam semua..

Entri malam ini adalah set kombo 6+1 pakaian dengan harga RM155 termasuk pos ke semenanjung untuk 19-21 Mei 2015. Syaratnya wajib pilih 1 jaket. 6 helai yang lain boleh campur tshirt, skirt dan dress.

Dapatkan sehelai tuala percuma apabila anda menambah dua helai pakaian lagi sama ada tshirt, skirt atau dress dengan harga RM215 bagi kesemua 9 helai.

Sekian entri kali ini.
Selamat membeli belah.
Moga senang bangun solat subuh.
Assalamua'laikum dan Selamat beristirehat.

Friday, 8 May 2015

Tommee Tippee UK Ready Stock

Bismillah..
Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw..
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera..

Another quick entry tonight. 6 lagi kotak tommee tippee colour my world untuk dijual. Boleh beli 3 atau 6 botol sekaligus.

Harga :
♥ 3 botol 3 warna RM68
♥ 6 botol 3 warna RM125
★ Termasuk pos semenanjung
★ Pos Sabah Sarawak tambah RM7

Ok. Sampai sini je entri malam ni..
Selamat berhujung minggu..
Selamat mengganti puasa..

:-)

Wednesday, 6 May 2015

Baju, Kemeja & Skirt

Bismillah..
Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw..
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera..

Harini 18 Rejab 1436 bersamaan Khamis 7 Mei 2015, Cik Danish nak upload lagi baju, kemeja dan skirt.

Hari lain sebelum ni 4 helai RM100.
Harini promo beli 5 helai RM100.
Pos semenanjung RM15.
Pos sabah sarawak RM20.

Syaratnya cuma bayaran sebelum 5 petang. Booking tidak dibenarkan. Posnya in shaa Allah esok pagi Jumaat yang mulia.

Ok. Selamat cuci mata..
Selamat membeli..

Ops, sebelum tu. Nak ingatkan kepada kaum hawa yang belum habis menggantikan puasa, cepat cepat habiskan. Dah separuh Rejab. Tinggal bulan Syaaban je lagi. Pastu dah Ramadhan.. Apepun semoga berjaya menggantikan puasa anda.

:-)