TABUNG CIK DANISH

Wednesday 19 November 2014

Thesis Oh Thesis

Bismillahirrohmaaniirrohiimm...
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera..

Thesis.. Berat mata memandang, berat lagi otak dan jari jemari berfungsi.. Sejak kebelakangan ni Cik Danish makin kurang post blog sebab sem ketiga ni fully research. Kene siapkan thesis kalau tak nak extend. Jauh terpencil di sudut pedalaman hati, memang terasa nak extend kerana tak jumpa lagi orang yang boleh dirujuk dan memahami apa yang diperlukan. Semua yang jumpa tak memahami apa yang dikata. Huhu. Sedih. Tapi bak kata kawan kawan, kalau extend pun belum tentu siap jugak thesis tu. Hehe. So, ayuh berjuang sampai ke saat akhir!!! Walaupun tak nampak penghujung thesis tu siap, tapi tidak mengapa! Teruskan jugak! Kene marah dengan panel ke ape ke biarkan!!!! Nanti kerja pon kene marah dengan orang atasan jugak. So ini cuma masalah kecil!

Hahaha. Konon positif. Kihkih. Nak legakan hati je tu. Nanti cengeng jugak. Kompom. Tapi lantak ah. Janji habis. Itu lebih penting. Cengeng tu biaselah. Tu kan bukti kita sedih. Hahaha. Doakan Cik Danish ye sesiapa yang membaca ni. Huhu. Moga kita semua dipermudahkan segala urusan dan berjaya dunia akhirat! Ameenn.. Moga diperkenankanNYA.

Tapi tapi tapi... Episod sedih ni belum berakhir.. Hahaha. Ada satu lagi sedih. Sedih bertambah sedih. Sedih kene kurangkan berniaga sebab berniaga tu dah macam sebahagian dari hidup. Meskipun tiada pelanggan tetap yang setia membeli hari hari, namun, sudah cukup bagi diri ini jika ada internet dan boleh mempromot barang setiap masa setiap detik dimana jua diri ini berada. Hehe. Nikmat berniaga.

Oke oke. Sampai sini je sesi meluah rasa di blog. Ada jodoh kita bertemu lagi ya blog ku.. Buat beberapa tika ini, ku tinggalkan dikau ya.. Good bye cikdanishworld blog..

Salam Perpisahan,
Cik Danish.

Thursday 13 November 2014

Cartoon DIY Wardrobe

Bismillahirrohmaanirrohiiim..
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera..

Di petang Jumaat yang mulia ini, moga semua muslimim muslimat di mana jua anda berada, anda semua dalam keadaan sihat walafiat dengan nikmat iman dan islam. Ameen..

Harini kita zikir sikit sebelum update blog.
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahuakbar.
La haw la wala quwwata illa billa hil a'liyyil a'zim..

Ok. Update sikit arini gune apps blog di enset. So kalini nak ketengahkan almari pasang sendiri atau "DIY Wardrobe Cartoon" yang dalam status clearance. Arini 14 November 2014 Jumaat ye. Nak clear sampai habis. Lepastu tumpu pada set Frozen je. Harga yang tertera di bawah termasuk pos ye untuk semenanjung.. Sabah Sarawak je tambah sikit harga pos nye.

12 Cubes
Cabinet Cartoon Pink
Dua Hanger
Harga : RM170
Sabah & Sarawak tambah RM40
Material : frosted plastic panel
Saiz : 109cm x 35cm x 144cm

16 Cubes
Cabinet Cartoon Green
Dua Hanger
Harga : RM210
Sabah & Sarawak tambah RM45
Material : frosted plastic panel
Saiz : 144cm x 35cm x 144cm

Penghantaran via Airpak 1-3 hari.

Wednesday 12 November 2014

Kipas Kecil Usb

Bismillahirrohmaaniirrohiim..
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera..

Malam ni sebelum tidur nak upload gambar kipas klip kecil atau kipas mini usb ni.. kipas mini ni boleh juga pakai bateri ya. Jangan risau.

Kipas ni sesuai untuk semua peringkat umur yang nak sejuk dan berangin.. Angin kipas ye. Hehe.

Nak letak tepi laptop bagi laptop sejuk ke, nak pakai sambil online pc atau laptop ke, nak klip kat stroller baby masa keluar jenjalan ke, nak pakai ngadap muka sahaja masa memasak ke, masa tengah baking roti atau kek ke, mana mana la haih. Sebab pakai kipas besar kat dapor nanti terbang pula tepung kan. Api pon susah nyala kan. Hehe. So, kreatifkan diri anda ok. Janji boleh guna dan selesa di mana jua anda berada.

Sesiapa nak beli borong 10 biji ke, lebih 10 biji ke, boleh la COD di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau ERL Bandar Tasik Selatan (BTS). Untuk kurang 10 biji harap maaf ye..

Harga? Ya! Harga berapa kan?
Harga RM10 ya.

Oke. Selamat malam..
Baca doa tidur..
Bismikallahummaahyawaamuut..






Tuesday 11 November 2014

Frozen Oh Frozen

Bismillahirrohmaanirrohiimm..
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera semua.
Moga sihat sihat walafiat dengan nikmat Iman dan Islam.

Lama sungguh tiada update di blog disebabkan tahap kerajinan berkurangan. Hehe. Tapi tapi tapi semangat suka berbisnes masih menebal ya.. In shaa Allah bisnes kerana Allah dan untuk mengikut Nabi Muhammad saw. Ameen..

Oke oke. Malamni sebelum tidur ni hanya nak upload gambar koleksi frozen. Macam macam produk frozen ni. Anak patung frozen 3d la, payung frozen la, tuala frozen la, almari frozen la, beg backpack frozen la, dan terakhir beg tarik frozen baik yang bentuk eggshell ataupun yang empat segi.. 

Jom cuci mata. Gambar pon x edit sebab tak nak delay delay update blog lagi. Hehe.

Selamat berfrozen..
Selamat malam semua..
Baca doa tidur ya..
Baca ayat kursi..
Assalamua'laikum..


Ni anak patung 3d Anna dan Elsa

Ni pulak payung frozen biru dan pink
Bak kata pepatah dulu kala sediakan payung sebelum hujan
Sesuai dengan musim tengkujuh akhir tahun
Musim tengkujuh tahun ni diramal hingga March
Tapi wallahua'lam
Apapun moga hujan yang turun adalah hujan yang membawa manfaat dan rahmat

Yang ni bukan frame ye
Yang ni adalah tuala frozen
Sesuai nak buat anak suka mandi

Gambar ni pula koleksi almari frozen
Ada biru, hijau dan merah jambu
Terdiri daripada 9, 12 dan 16 cube

Beg 3d olaf ni aa biru dan merah

Kalau ada olaf, maka, ada elsa dan anna juga

Ni beg silk printed frozen

Ni pun sama beg silk printed frozen

Yang cute macam teloq ni cute
Beg tarik eggshell frozen

Last koleksi frozen yang upload malamni
Beg tarik frozen yang empat segi
Nak anta ke pengasuh letak barang anak senang
Bole letak banyak barang
Susu kambing, lampin, botol botol, baju baju dan macam macam la..
Nak balik kampung pun bole guna
Tidak semestinya tunggu nak naik kapal terbang je baru bole guna kan
Ikut kreativiti luaskan inovasi
hehe