TABUNG CIK DANISH

Wednesday 19 November 2014

Thesis Oh Thesis

Bismillahirrohmaaniirrohiimm...
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera..

Thesis.. Berat mata memandang, berat lagi otak dan jari jemari berfungsi.. Sejak kebelakangan ni Cik Danish makin kurang post blog sebab sem ketiga ni fully research. Kene siapkan thesis kalau tak nak extend. Jauh terpencil di sudut pedalaman hati, memang terasa nak extend kerana tak jumpa lagi orang yang boleh dirujuk dan memahami apa yang diperlukan. Semua yang jumpa tak memahami apa yang dikata. Huhu. Sedih. Tapi bak kata kawan kawan, kalau extend pun belum tentu siap jugak thesis tu. Hehe. So, ayuh berjuang sampai ke saat akhir!!! Walaupun tak nampak penghujung thesis tu siap, tapi tidak mengapa! Teruskan jugak! Kene marah dengan panel ke ape ke biarkan!!!! Nanti kerja pon kene marah dengan orang atasan jugak. So ini cuma masalah kecil!

Hahaha. Konon positif. Kihkih. Nak legakan hati je tu. Nanti cengeng jugak. Kompom. Tapi lantak ah. Janji habis. Itu lebih penting. Cengeng tu biaselah. Tu kan bukti kita sedih. Hahaha. Doakan Cik Danish ye sesiapa yang membaca ni. Huhu. Moga kita semua dipermudahkan segala urusan dan berjaya dunia akhirat! Ameenn.. Moga diperkenankanNYA.

Tapi tapi tapi... Episod sedih ni belum berakhir.. Hahaha. Ada satu lagi sedih. Sedih bertambah sedih. Sedih kene kurangkan berniaga sebab berniaga tu dah macam sebahagian dari hidup. Meskipun tiada pelanggan tetap yang setia membeli hari hari, namun, sudah cukup bagi diri ini jika ada internet dan boleh mempromot barang setiap masa setiap detik dimana jua diri ini berada. Hehe. Nikmat berniaga.

Oke oke. Sampai sini je sesi meluah rasa di blog. Ada jodoh kita bertemu lagi ya blog ku.. Buat beberapa tika ini, ku tinggalkan dikau ya.. Good bye cikdanishworld blog..

Salam Perpisahan,
Cik Danish.

No comments:

Post a Comment