TABUNG CIK DANISH

Wednesday 24 June 2015

Mutiara Kata TGNA

Bismillah..
Allahumma solli a'la Saiyidina Muhammad
Wa a'la ali Saiyidina Muhammad..
Assalamua'laikum dan Salam Asar..
Salam Ramadhan yang ke-7..

Baru perasan yang setting tarikh dan masa blog lari. Belum mahir lagi nak betulkan kerana asyik update blog pakai henpon. In shaa Allah satu hari nanti kita betulkan semua. Harap maaf kepada yang keliru. Saya juga pening.

Mutiara Kata TGNA

Asar ni nak kongsikan mutiara kata arwah TGNA. Siapa yang tidak kenal arwah TGNA bukan. Tok Guru Nik Aziz. Background agamanya sangat bagus. Orangnya sangat lembut dan peramah. Perginya ditangisi ramai dek kerana ilmu dan akhlaknya. Salah seorang murabbi akhir zaman Malaysia yang sudah pergi menghadap Ilahi. Bagai baru semalam arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Innalillahiwainnailahirroojiuunn.. Moga arwah tenang di alam sana bersama para solihin.

Tolak ketepi hal politik kerana saya tidak minat politik Malaysia akhir zaman ini. Kita ambil yang baik dan buang yang negatif. Saya kongsikan mutiara kata yang berkeliaran di muka buku untuk tatapan warga blogger dan diri saya sendiri terutamanya untuk bermuhasabah diri.

Sekian.
Assalamua'laikum.
Selamat Berbuka.

:-)

























Tuesday 23 June 2015

Koleksi Doa Harian

Allahumma solli a'la Saiyidina Muhammad
Wa a'la ali Saiyidina Muhammad..

Allahumma solli a'la Saiyidina Muhammad
Wa a'la ali Saiyidina Muhammad..

Allahumma solli a'la Saiyidina Muhammad
Wa a'la ali Saiyidina Muhammad..

Doa

Entri ni kita kongsikan koleksi doa doa amalan yang banyak tersebar di muka buku. Koleksi doa kali ini banyak dari imuslimshop.com.

Ada doa suami isteri. Doa mendapatkan zuriat. Doa elak fitnah. Doa mudah bersalin. Doa pemanis wajah. Doa melembut hati anak yang degil. Doa pembatal sihir. Dan macam macam doa lagi.

Moga ia memberi manfaat kepada lebih ramai umat islam. Moga ia menjadi saham akhirat buat pemilik asalnya.

:-)





















Selamat Beramal


Robocar Poli 2015

Bismillah..
Allahumma solli a'la Saiyidina Muhammad
Wa a'la ali Saiyidina Muhammad.
Assalamua'laikum dan Selamat Pagi..

Robocar Poli

Yok jauhkan anak anak dari gadget. Ceriakan anak anak dengan mainan Poli, Roi, Heli dan Amber. Hidupkan mereka dengan suasana dan persekitaran yang ceria dan positif.

Harga promo satu set : RM70
Sabah/Sarawak : Tambah RM8
Penghantaran : Airpak/Poslaju 1-3 Hari

Robocar Poli kartun popular di Korea.
Kini di saluran Ceria Astro.
Dapatkan segera.
Selagi stok masih ada.

Bulan Ramadhan poslaju makin lambat. Mungkin penghantaran 3 hari menjadi 5 hari. Agaknya abang posmen pon ramai dah gilir gilir cuti. Huhu.

Selamat Berpuasa..
Perbanyakkan berzikir..
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.

:-)

Sunday 21 June 2015

Palazzo dan Skirt

Assalamua'laikum dan Selamat Pagi..

Banyak stok baju, palazzo dan skirt masuk. Jika entri tadi baju dan skirt, entri ni kita upload palazzo dan skirt. Skirt chiffon pula kali ini.

RM20

Semua RM20. Jika beli 5 helai atau lebih, RM18 sehelai. Harga tidak termasuk poslaju ye.

Oke. Selamat membeli..
:-)