TABUNG CIK DANISH

Sunday 21 June 2015

Projek Iqra'

Bismillah..
Allahumma solli a'la Saiyidina Muhammad
Wa a'la ali Saiyidina Muhammad.. Assalamua'laikum dan Selamat Malam..

Projek Iqra'

Siapa yang tidak kenal lagi dengan Projek Iqra' yang semakin meningkat namanya dalam dunia kebajikan. Bagi sesiapa yang belum mengenali, mari kita baca serba sedikit sejarahnya.

Sejarah mengatakan Projek Iqra’ adalah sebuah NGO yang terhasil oleh 3 sahabat UTM yakni Encik Solleh, Encik Suhaimi dan Cik Sharifah Sharina setelah melihat kesukaran anak-anak yatim meneruskan pelajaran setelah tamat SPM kerana kekangan wang untuk membayar yuran pendahuluan di pusat pengajian tinggi, membeli perkakasan seperti buku dan peralatan untuk memulakan pengajian dan pelbagai kekangan lain yang menjadi tembok
penghalang bagi anak-anak yatim tersebut meneruskan cita-cita mereka.

Diringkaskan cerita, Projek Iqra’ dapat direalisasikan apabila syarikat insurans Great Eastern Takaful melancarkan produk I-Great Iqra’ dimana sesiapa sahaja boleh membeli plan pendidikan untuk mana-mana kanak-kanak di Malaysia walaupun tiada pertalian darah. Jadi, dengan adanya produk I-Great Iqra’, semua kanak-kanak di Malaysia kini boleh menikmati faedah insurans pendidikan yang mampu memberi jaminan pendidikan kepada mereka selepas mereka berusia 18 tahun jika ada yang sudi menaja insurans mereka.

“Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan
kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui
secara mendalam akan apa yang kamu
lakukan.”
(Al-Baqarah 2:271)

Sebarang pertanyaan hubungi pengasas Projek Iqra' :
♥ Suhaimi 016-2065597
♥ Sharifah 017-2748904
♥ Solleh 017-6702033

Segala tajaan boleh disalurkan ke :
♣ Bank Maybank atas nama Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia
♣ No Akaun : 5648-1050-4003
♣ Email : info@projekiqra.com
♣ Alamat Pejabat Projek Iqra' : No.10A, Persiaran Cahaya 2, Taman Cahaya Indah, 68000 Ampang, Selangor.

Sekian secara ringkas taaruf Projek Iqra' yang diolah dari website Projek Iqra' sendiri iaitu http://www.projekiqra.com.

Untuk makluman para pembaca sekalian, selain sumbangan dan tajaan dari muslimin muslimat dan mana-mana individu, Projek Iqra' juga mengeluarkan dan menjual komik yang diberi nama Abu Nuwas 1 dan 2 bagi menampung projek-projek yang dijalankan. Sempena bulan Ramadhan dan Syawal juga, Projek Iqra' telah mengadakan jualan amal sampul raya Abu Nuwas.

Aktiviti terkini Projek Iqra' adalah mengumpulkan dana bagi Tajaan Shopping Raya 2015 untuk kanak-kanak terpilih. Kanak-kanak tersebut kemudiannya akan dibawa ke shopping mall yang diaturkan untuk pembelian pakaian menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sekian entri kali ini yakni Projek Iqra'. Moga Projek Iqra' ini semakin dikenali. Moga segala aktiviti kebajikan Projek Iqra' ini dipermudahkan Allah swt.

Assalamua'laikum dan Salam Sahur.
:-)

Logo Projek Iqra'

Ikuti Projek Iqra' di laman sosial

Moga diri ini banyak memberi manfaat

Moga ia menjadi saham akhirat

Program Shopping Raya

600 penerima manfaat 2015

226 lagi yang perlu ditaja

Buletin Projek Iqra' dan komik Abu Nuwas

Komik penuh pengajaran

Penanda Buku dan Sticker Abu Nuwas dengan setiap pembelian komik Abu Nuwas di booth

Jualan amal sampul raya Abu Nuwas

Jualan Komik Abu Nuwas di Masjid Wilayah Sepanjang Ramadhan 2015

Projek Iqra' di Karnival Bidadari





Projek Iqra' di Le-Mari Fest


Sekian entri Projek Iqra'
Salam Ramadhan 2015


No comments:

Post a Comment