TABUNG CIK DANISH

Wednesday, 3 June 2015

Kedai Amal Aman Palestin

Bismillaahirrohmaaniirrohiimm..
Allahumma solli a'la Saiyidina Muhammad
Wa a'la ali Saiyidina Muhammad..
Assalamua'laikum dan Selamat Bertahajjud..

Malam ni nak kongsikan pasal Aman Palestin. Sempena tetiba terfikirkan umat Islam di Palestin. Teringat baru baru ni terbaca status bahawa umat islam di Palestin masih lagi diganggu oleh zionis israel. Nampak sangat dah lama tak mengikuti perkembangan umat Islam di Palestin. Makanya malam ini ingin refresh sedikit tentang Palestin yang mungkin sudah dilupai sesetengah umat Islam akhir zaman ini. Meski dilupai, realitinya mereka masih lagi bergolak dengan kekejaman yahudi israel laknatullah.

Ayat tanpa ubah dari website Aman Palestin sendiri di pautan www.amanpalestin.net. Pembentukan Negara Haram Israel pada 15 Mei 1948 di bumi Palestin 67 tahun lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mulai menyaksikan kekejaman rejim Zionis memalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warganegaranya gugur syahid, jutaan pelarian yang meninggalkan tanahairnya sendiri berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota. Tidak kurang juga anak-anak menjadi yatim kerana kehilangan ibubapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban mempertahankan Palestin dari terus dijajah dan dicabuli. 

*******

AMAN PALESTIN

Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin menjadi satu keinsafan bagi umat Islam menghulurkan bantuan. Justeru itu, Aman Palestin sebagai Inisiatif Keamanan Palestin bergerak atas tiga landasan iaitu :
♥ Kemanusiaan
♥Persaudaraan
♥Kesucian Baitul Maqdis

Aman Palestin memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin secara berterusan sehingga selesai. 

Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. 

Pada 3 Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. 

Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai. 

Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin. 

*******

Sebarang sumbangan kewangan boleh di salurkan ke :

♥ Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880 
♥ Maybank (M) Berhad: 562263010787 
♥ Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717 
♥ RHB Islamic Bank: 21245760004907 
♥ Bank Rakyat: 22-080-619592-2 
♥ Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95 
♥ Bank CIMB: 8600460353

*******

Saudara saudari juga boleh membeli sambil beramal secara online di muka buku (fb) Kedai Amal Aman Palestin.

Moga segala pembelian mahupun sumbangan mendatangkan pahala seterusnya menjadi asbab selangkah ke syurga Allah swt.

Sekian, entri Aman Palestin.
Selamat melihat gambar produk Kedai Amal Aman Palestin.

:-)

































Ya Allah Ya Tuhanku, teguhkanlah imanku, keluargaku dan seluruh umat islam akhir zaman. Matikanlah kami dalam husnul khatimah.
~Ameen~


No comments:

Post a Comment