TABUNG CIK DANISH

Wednesday, 24 June 2015

Mutiara Kata TGNA

Bismillah..
Allahumma solli a'la Saiyidina Muhammad
Wa a'la ali Saiyidina Muhammad..
Assalamua'laikum dan Salam Asar..
Salam Ramadhan yang ke-7..

Baru perasan yang setting tarikh dan masa blog lari. Belum mahir lagi nak betulkan kerana asyik update blog pakai henpon. In shaa Allah satu hari nanti kita betulkan semua. Harap maaf kepada yang keliru. Saya juga pening.

Mutiara Kata TGNA

Asar ni nak kongsikan mutiara kata arwah TGNA. Siapa yang tidak kenal arwah TGNA bukan. Tok Guru Nik Aziz. Background agamanya sangat bagus. Orangnya sangat lembut dan peramah. Perginya ditangisi ramai dek kerana ilmu dan akhlaknya. Salah seorang murabbi akhir zaman Malaysia yang sudah pergi menghadap Ilahi. Bagai baru semalam arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Innalillahiwainnailahirroojiuunn.. Moga arwah tenang di alam sana bersama para solihin.

Tolak ketepi hal politik kerana saya tidak minat politik Malaysia akhir zaman ini. Kita ambil yang baik dan buang yang negatif. Saya kongsikan mutiara kata yang berkeliaran di muka buku untuk tatapan warga blogger dan diri saya sendiri terutamanya untuk bermuhasabah diri.

Sekian.
Assalamua'laikum.
Selamat Berbuka.

:-)

























No comments:

Post a Comment