TABUNG CIK DANISH

Monday 25 May 2015

Kurta Terawih 2015

Bismillah..
Allahumma solli a'la Saiyidina Muhammad
Wa a'la ali Saiyidina Muhammad.
Assalamua'laikum dan Selamat Tengahari..

Pertamanya, lazimilah berselawat ke atas Nabi Muhammad saw. Moga kita dapat bertemu dengan Nabi di akhirat kelak. Moga kita juga memperoleh syafaat Nabi Muhammad saw untuk ke syurga Allah..

Ramadhan bakal tiba. Apakah persediaan kita? Apakah target kita Ramadhan kali ini? Tiada apa di dalam kepala lagi? Ayuh mulakan berfikir. Agar Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih banyak kita kumpul pahalanya.

Antara yang boleh dilakukan dan diperbanyakkan di bulan Ramadhan bulan melimpahnya pahala adalah :
1) berselawat
2) berzikir
3) membaca Al-Quran
4) membaca sirah Nabi
5) bersedekah
6) berwakaf
7) menjamu orang berbuka puasa

Ok. Sekarang kita mulakan entri sebenar hari ini. Entri ini mencari pemborong baju kurta lelaki untuk :
♥ dipakai sendiri
♥ dipakai bersama ahli keluarga
♥ dipakai ke surau dan masjid
♥ dipakai bulan Ramadhan
♥ dipakai berhari Raya
♥ mereka yang ingin menjual
♥ dihadiahkan kepada rakan dan sedara mara
disedekah kepada yang memerlukan

Harga berlainan mengikut rekaan baju. Namun semuanya bawah RM40 dan perlu beli borong dengan minimum 6 helai. Harga tidak termasuk penghantaran poslaju. Harga poslaju bergantung pada berat baju tersebut. Boleh campur rekaan kurta untuk mencukupkan 6 helai tersebut. Tempahan akan diproses dalam masa 3 hari waktu bekerja.

Bagi yang serius ingin membeli, nyatakan maklumat ini semasa wasap/telegram Cik Danish :
1) kod kurta dan kuantiti
2) saiz kurta
3) nama penuh
4) alamat
5) nombor talifon

Sekian untuk entri kurta.
Selamat menggantikan puasa.
:-)

No comments:

Post a Comment