TABUNG CIK DANISH

Saturday 2 January 2016

Saham Akhirat Tahfiz

Bismillahirrohmaanirrohiimm..
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera

Entri ringakas hari ini

Saham Akhirat
Seri Tahfiz Al-Banna, Jengka, Pahang.

Hanya 3 perkara yang dapat membantu kita apabila kita telah meninggal dunia.
1) Amal Jariah
2) Ilmu yang Bermanfaat
3) Anak yang Soleh yang Mendoakan

Untuk infaq dan wakaf
Seri Tahfiz Al-Banna
Jengka, Pahang
014 8071036

Lawati muka buku mereka di :
https://m.facebook.com/Sek-Ren-Islam-Tahfiz-Al-Banna-1544091342505384/

^_^

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Baca lanjut di blog :
http://pakatan09.blogspot.my/2012/05/assalamualaikum-dari-abu-hurairah-r.html?m=1

:-)

Apa beza wakaf dan sedekah?

Sedekah adalah ibadah yang kita lakukan dimana pahalanya adalah hanya untuk ketika bersedekah. Contohnya jika kita bersedekah wang kepada seorang peminta sedekah. Kemudiannya dia akan menggunakan wang itu untuk membeli makanan, setelah habis makanan itu dimakan maka pahala bersedekah hanya setakat disitu.

Wakaf pula disebut juga sedekah jariah namun ia sedekah yang berterusan dimana harta itu perlulah bersifat kekal. Ganjaran pahala pewakaf akan mengalir dan berkekalan selagi harta yang diwakafkan itu boleh diambil manfaatnya. Contohnya dengan wang RM10 yang pewakaf wakafkan akan dikumpul dalam satu tabung kumpulan wang wakaf dan kemudiannya akan digunakan untuk membiayai pembinaan masjid. Selagi masjid itu kekal berada disitu, selagi itu pahala kita akan terus mengalir. InsyaAllah.

Sumber ayat :
http://www.wakafselangor.gov.my/index.php/rtl-demos/soalan-lazim/101-apa-beza-wakaf-dan-sedekah

^_^











No comments:

Post a Comment