TABUNG CIK DANISH

Friday, 26 February 2016

English itu Mudah

Bismillahirrohmaanirrohiimm..
Assalamua'laikum dan Selamat Malam.

Berminat dengan buku English ini?

ENGLISH ITU MUDAH

^_^

Alhamdulillah. Terima Kasih kerana berminat dengan buku ENGLISH ITU MUDAH

Buku ini :
√ Penerangannya dalam Bahasa Melayu
√ MUDAH, CEPAT dan BERKESAN
√ Jimat MASA
√ Boleh belajar sendiri
√ Lebih Efektif
√ Nipis (129 Muka Surat Sahaja)
√ Belajar dari Basic

Buku ini sangat sesuai bagi :
1) pelajar sekolah rendah
2) pelajar sekolah menengah
3) pelajar IPTA
4) Individu dewasa yang mahu 'improve' english.

=====================
Harga Buku :

Semenanjung :
• RM 20 + RM 7 (Postage)
= RM 27

Sabah & Sarawak
• RM 20 + RM 10 (Postage)
= RM 30

=====================

Pembelian borong minimum 10 buah juga amat di alu alukan.

=====================

Untuk nemudahkan tempahan, wasap atau telegram "Buku English itu Mudah" ke 0196582631 dan berikan maklumat postage.

✉ Maklumat postage :
1. Nama penuh
2. Alamat penuh
3. No telefon
4. Bilangan buku

^_^











Wednesday, 24 February 2016

Tidur Selepas Subuh

Bismillahirrohmaanirrohiimm..
Assalamua'laikum dan Selamat Pagi.

TIDUR SELEPAS SUBUH

Perkongsian yang bermaharajalela di wasap dan di share di blog ini.

Ya Allah. Jadikanlah kami hamba yang selalu mensyukuri nikmatMU. Ameen..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KENAPA AGAMA MELARANG KITA TIDUR SELEPAS SUBUH

Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca. Siapa suka tidur lepas subuh kemudian bangun nak solat Dhuha pun tolong baca.

Sentap dan muhasabah sesama. Tiada ruginya. In shaa Allah.

Sedikit perkongsian mengenai tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh.

Sebelum ini, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.

Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yang tinggi iaitu ilmu firasat yang sangat kuat. Jadi sesiapa yang dekat dengannya, hati-hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik.

Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku tiap kali berdepan dengan beliau.

Diberi peluang, aku terus bertanya.

“Ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?”.

Dia menjawab, “Tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh”.

"Ohhh, jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?".

“Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi".

Aku bisik dalam hati “Ada banyak mazhab ke dia ni?”.

"Jangan kau nak menyatakan perkara yang kau tak boleh sorokkan dengan aku".

“Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku…”.

“Maaf Ustaz”.

Aku cakap dekat dia, “Dua dua mazhab lah Ustaz”.

Dia kata, "Kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati".

Aku nak menangis.

“Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tahu, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!”.

Aku senyap.

“Kenapa Ustaz?”.

Dia menjawab, "Orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah! Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama macam kalau kau seorang yang jutawan, bawa duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi apa yang ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata “dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu”.

Aku tersentak.

Dia berkata lagi, “Orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat Dhuha”.

AllahuAkbar.

Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tahu Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allah..

Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa, bahkan bermandikan dosa.

Dia kata lagi “Orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?".

AllahuAkbar.

Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.

Dia kata lagi “Ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?”.

“Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang. Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?".

“Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al-Quran dan hadis. Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al-Quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang bawa Al-Quran ke hulu ke hilir.

Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.

Sentap beb. Rasa macam potong bawang halus-halus. Tapi benar. Setelah aku mula sedar fakirnya aku jika aku tidur lepas subuh, lantaran itu aku mula sedar dan tidak tidur lepas subuh. Ku baca Surah Al-Waqiah dan solat Dhuha setiap hari dan ku rasakan rezeki ku melimpah-limpah sampai aku rasakan, Ya Allah! Murahnya rezeki MU jika aku tidak tidur lepas subuh.

Tidur Selepas Subuh???
Peringatan buat semua dan juga diri yang faqir ini.

Wallahua'lam..

@-->

Tuesday, 23 February 2016

Sombong

Bismillahirrohmaanirrohiimm.
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera.

SOMBONG

Jom audit diri.
Muhasabah di pagi hari.
Adakah kita seorang yang sombong??

Sedikit perkongsian, banyak manfaat. Sombongkah Aku?????

» Sombong adalah penyakit hati yang mana akan menjerumuskan pelakunya  ke neraka.

» Tidak akan masuk syurga barang siapa yang ada sifat sombong dalam hatinya, walaupun seberat zarah.

» Merendahkan orang lain itu sombong.

» Mentertawakan orang atas kelemahannya pun sombong.

» Menunjuk nunjuk kelebihan itu sombong.

» Berlumba lumba menunjukkan kekayaan pun sombong.

» Memperbodohkan orang lain itu sombong.

» Sentiasa nak menang itu juga sombong.

» Mementingkan diri sendiri itu sombong.

» Berbangga dengan kecantikan itu juga sombong.

» Bersangka buruk itu sombong.

» Berbangga dengan kepandaian itu juga sombong.

» Merasa diri hebat itu sombong.

» Sentiasa merasa diri betul itu juga sombong.

» Tidak boleh ditegur itu sombong.

» Kacang lupakan kulit, lagilah sombong.

•_•;

♨SOMBONG ITU ADALAH SATU SIKAP YANG SANGAT TERCELA, DAN AKAN MEMUSNAHKAN SEMUA AMAL KEBAIKAN. SEMOGA ALLAH SWT AKAN MEMELIHARA KITA DARI MEMAKAI SIFAT TERCELA INI.

Sekadar perkongsian.
Dari teman wasap.
Wallahua'lam.

Ya Allah, buangkanlah sifat sifat negatif, sifat sifat mazmumah dari diriku, keluarga dan zuriat keturunanku Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa.

Yang baik dari Allah. Yang buruk dan tidak baik dari saya sendiri manusia yang tidak sempurna. Maafkan saya untuk segalanya.

Dress Bollywood

Bismillahirrohmaanirrohiimm
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera

^_^

Subhanallah. Alhamdulillah.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

^_^

Lama tak promot dress bollywood. Alhamdulillah harini kita promot 4 dress bollywood yang baru.

^_^ Simple, Elegan, Sopan.

★ Selesa
★ Senang dibasuh.
★ Senang digosok.

DRESS BOLLYWOOD

√ Material Polyester Crepe
√ Original from India

» Size XS, S, M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL, 5XL, 6XL

» 1 - RM55
» Harga termasuk pos ke seluruh Malaysia.

#cikdanishdressbollywood

^_^

★ Serius ingin membeli?
★ Wasap atau Telegram
★ "Dress Bollywood" ke 0196582631

^_^






Tuesday, 16 February 2016

Abah & Son

Bismillah..
Assalamua'laikum dan Selamat Malam.

Entri review makan lagi. Hehe. Sebab ibu pergi kursus, ayah ajak makan luar. Ayah tanya, kakak nak makan mana? Nak makan kat Abah & Sons! Teringat teringat nasi goreng tomyam die! Kecur ayaq lioq. Hahaha. So lepas solat Maghrib, bergerak la makan kali kedua kami kat Abah & Sons Co. Lakefield Sungai Besi. Yeay! Haha.

ABAH & SONS CO.

^_^

Aritu makan 4 orang, kalini pun 4 orang. Aritu ada ibu, kalini ada adik bongsu. Hehehehe. Kedai makan cun. Cuma suasana selalu bunyi bising lagu lagu bingit.

Okok. Makan makan.
1) Adik bongsu pilih nasi halia ayam daging bersama air nutella. Menu baru katanya. Bak kata adik, banyak naw halianya. Sapa suka halia boleh la pilih menu ni. Kick! Air nutella kureng.

2) Adik ketiga pilih nasi putih daging Abah n Sons dengan air teh ais. Makan biasa gini memang puas hati la. Tiada pelik pelik puas hati la. Adik ketiga ni memang selalu pilih menu swlamar, confirm sedap, cepat dan tidak mengecewakan.

3) Cik Danish sebab teringat ingat nasi goreng tomyam aritu, jadinya, nasi goreng tomyam lagi la kalini. Tapi lupa bagitau xnak cili padi! Pedas kaw kaw! Aritu gak best sebab mintak tak pedas. Hehe. Nak buat cane. Suka tomyam tapi tak suka pedas. Apepun nasi die memang sedap! Sangat rekomen! Air Cik Danish pilih roselle splash. Ada air soda dalam setiap versi air splash ni. Aritu strawbery splash tak berapa best. Roselle ni best sikit.

4) Ayah lak kalini amek nasi goreng thai. Air pineapple. Nasi ayah cakap sedap. Die rekomen la sape nak makan. Air tak. Air langsung tak rekomen. Huhu. Cik Danish rasa sebab dia pakai cordial semata sebab tu kureng. Rasa kordial pun tak kick. Kalau ibu selalu bising Cik Danish bancuh air kureng, rasanya ibu akan pilih air Cik Danish dari air pineapple ni. Hehehehe.

Kat kedai ni ade juga jual kek, gula gula. Tapi kek dia mahal! Tengok pon kurang menggiurkan. Kalau Cik Danish boikot Secret Recipi pun, Cik Danish tetap tak pilih kek kat Abah n Sons kot. Sebab presentation biasa, kek kecik dan harga agak mahal.

Overall, kedai best, service best, makanan sedap, air je tak jumpa yang kena tekak lagi. Hehe.

Ok. Sekian Selamat Menjamu.

^_^




















Dapur Penyet

Bismillah..
Assalamua'laikum dan Selamat Makan.

Entri nak review sikit je pasal makan. Blog ni akan start review makan makan juga lepasni. Tapi review makan dim sum haritu belum buat buat lagi. Nanti la yo. Hehe.

DAPUR PENYET

Sapa yang suka makan nasi penyet ayam penyet tu boleh la try makan kat Dapur Penyet IOI City Mall ni juga. Ok la. Sama dengan ayam penyet kat kedai lain juga. Cuma harga mungkin beza.

Bak kata yang makan tu, Encik T yang makan, Cik Danish minum je. Hehe. Encik T cakap sambal sedap. Keseluruhan sedap. Cik Danish minum air durian belanda kat situ pun sedap. Tak kedekut isi durian belandanya. Hehe.

Cuma tak bestnya pada Cik Danish, tengok menu tengok resit je. Menu biasanya Cik Danish gi makan ayam penyet die dah complete set ayam penyet dengan nasi dan air kosong RM10.90. Tidak termasuk gst. Huhu. Ade aje gst ni. Sebok betul. Tapi kat Dapur Penyet ni, tidak termasuk gst dan service charge. Jadi 2 3 4 ringgit tu habis kat gst dan service jela. Huhu.

Apepun, konklusinya air durian belanda die sedap. Macam Cik Danish bancuh selalu. Hehe. Kalau kedai lain biasa isi durian belanda die tak bagi banyak. Encik T pula puas hati dengan ayam penyet die. Sambal sedap. Air nes die pun cukup rasa katanya.

Ok. Sekian.

^_^








Monday, 15 February 2016

BODY LOTION NURRAYSA 

Bismillahirrohmaanirrohiimm..
Assalamua'laikum dan Salam Nurraysa..

Harini kita berkenalan dengan produk keluaran Nurraysa. Produk Melayu, Islam, Halal Malaysia.

^_^

BODY LOTION NURRAYSA 

Diatas permintaan yang semakin tinggi dan keberkesanan Nurraysa Beauty, kini terdapat 18 produk telah dikeluarkan. Ramai yang membuat tempahan dan stok semakin licin.

^_^

APA YANG BEST BODY LOTION NI??

» Wangi mengalahkan perfume
» Menanggalkan bintik hitam
» Mengembalikan keremajaan kulit
» Menjadikan kulit glowing
» Menyembuh kesan terbakar
» Mengebukan kulit
» Mengurangkan garis halus
» Mengelakkan daripada sunburn

√ Tidak melekit
√ 75ml

★Tidak sesuai untuk bayi kerana mengandungi bahan pemutih yang tinggi.

● Harga Promosi RM17
● Postage RM6

#cikdanishlovehalalnurraysa

^_^