TABUNG CIK DANISH

Wednesday 25 March 2015

Charity Jars

Bismillah...

Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw..

Assalamua'laikum wbt dan Salam Sejahtera buat pembaca blog Cik Danish.

♥ Subhanallah.
♥ Alhamdulillah.
♥ Allahuakbar.
♥ Laa ilaha illallah Muhammadur Rasulullah..

Harini Cik Danish cuma nak share mengenai charity jars yang dilakukan oleh Puan Azila Aziz iaitu founder Telekung Project yang quiet famous dalam dunia kebajikan di muka buku. Muka buku? Facebook. Hehe. Mungkin ramai sudah mengenali Puan Azila dan projek yang dilakukannya. Tapi Cik Danish nak juga copy paste ayatnya sekadar untuk meluaskan lagi bahang charity jars ke dunia blog pula. Sharing is caring kan untuk benda baik :-)

Secara ringkasnya, charity jars ini diwujudkan untuk memupuk diri bersedekah setiap hari secara istiqomah. 1 set ada 8 balang. Iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad dan Harian. Nak buat sendiri pun boleh guna balang kaca hasil recycle prego atau jem roti yang ada kat rumah tu. Paling tidak pun boleh guna balang kuih raya atau botol botol plastik yang sedia ada di rumah tu. Tapi, kalau nak comel dan teringin nak membantu dengan membeli sambil menderma pun boleh. Beli sahaja dengan Puan Azila ni. Harga 1 set charity jars ini RM30 termasuk pos. 100% hasil keuntungan jualan charity jars ini Puan Azila akan masukkan ke dalam dana Dapur Ramadhan Syria yang diusahakannya.

Ok. Ni yang Cik Danish copy paste detail mengenai charity jars. Selamat Membaca.

♥♡♥♡♥♡♥

#CharityJars

Apa itu Charity Jars?

Balang2 yg dilabelkan mengikut hari dari Isnin hingga Ahad dan admin tambah satu hari lagi yang dinamakan EVERYDAY. Charity Jars ini hanyalah balang2 biasa tidak semestinya pakai atau beli dari admin, sahabat boleh juga recycle dari balang2 yg ada atau boleh buat sendiri. Susun balang2 ini ditempat yg dapat memotivasikan diri sendiri.....

Bagaimana Charity Jars ini berfungsi?
PELBAGAI kaedah boleh dimanfaatkan dgn Charity Jars ini. Dan admin akan terangkan mengikut amalan admin selama ini dan sahabat boleh lakukan mengikut kesesuaian masing2.

Setiap 1hb setiap bulan, admin akan niatkan setiap isi dalam Jars itu untuk siapa? Berdasarkan pengetahuan admin terhadap insan-insan yg memerlukan. Jadi admin mulakan balang yg kosong dgn mengisi 'NIAT' utk disedekahkan pada siapa/pihak mana. Bermakna 8 jars..... 8 org/pihak yg admin NIATKAN utk menerima sedekah dari Charity Jars ini.

(TAMBAH NILAI: bila nak buat keputusan insan/pihak mana yg nak diniatkan, cuba libatkan anak2 dgn bertanya maklumat dari mereka jika mereka tahu mana2 rakan sekolah mereka yang memerlukan. Secara tak langsung mendidik anak kita prihatin dgn insan lain. Atau admin selalu input pada anak2 tentang isu semasa agar mereka tahu pihak/insan mana yg memerlukan lalu kami buat keputusan BERSAMA utk niatkan setiap isi balang adalah utk SIAPA.)

Setelah niat dipasang, admin dan anak2 akan DISPLAY balang2 itu sebagai motivasi kami utk memberi pada yg telah diniatkan bulan itu. Bermakna, setiap hari admin didik anak2 agar BERKONGSI sedikit wang tambang sekolah dgn CHARITY JARS dan admin juga mula memasukkan wang dalam charity jars sebagai sedekah subuh. Biarlah sedikit duit yg dimasukkan tapi yg penting ISTIQAMAH. Dan admin juga mendidik diri dan anak2 sebelum tidur cuba check mana2 ruang utk kita kongsikan duit baki utk hari tersebut dan masukkan dlm jars sebelum tidur. Sebab kematian itu kita tak tahu bila, mungkin masa tidur.... makanya lepaskan apa yg berbaki supaya menjadi tambahan pahala....

Begitulah setiap hari..... sehingga cukup sebulan kami bersama2 akan kira berapa yg dpt dan kami akan agihkan pada insan/pihak yg diniatkan. Dan setiap 1hb kami ulang semula proses dgn membarukan niat utk bersedekah pada siapa dan siapa lagi.....

Itulah amalan charity jars yg admin amalkan dgn anak2.... MULAKAN HARI DENGAN BERSEDEKAH dan TUTUP HARI SEBELUM TIDUR JUGA DENGAN BERSEDEKAH. Charity jars ini hanyalah ruang dan amalan utk kami visualize usaha kami anak beranak dan JIKA MEMBAWA KEBAIKAN kami mahu berkongsi dengan kalian semua.

Charity Jars ini tidak semestinya beli dgn admin... boleh DIY dan yg nak sebarkan idea ini juga digalakkan dan yg nak usaha menjual set Charity Jars ini seperti admin juga digalakkan kerana admin percaya ramai diluar sana yg lebih kreatif dari admin. Charity Jars ini tiada COPYRIGHT kerana ilmu dan ilham adalah milik ALLAH dan admin sekadar berkongsi apa yg admin amalkan. Cuma disini admin nak ambil kesempatan utk terangkan admin NGO tidak boleh buat keuntungan, maka setiap profit dari penjualan SET CHARITY JARS adalah 100% utk kegunaan charity dan admin niatkan profit penjualan ini kepada DAPUR RAMADAN SYRIA......

Semoga bermanfaat.... utk insan yg sudi membaca word by word :)

Salam Ukhwah
Azila Aziz

★☆★☆★☆★

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli sambil menderma,
 ♣ 1 set = 8 jars = RM30 termasuk pos
 ♣ Warna : limited edition/pastel/rainbow/biru
 ♣ sms atau whatsapp ke 0193597733


♥♡♥♡♥♡♥

Note : Cik Danish tidak pasti ye sampai bila charity jars ini akan dijual. Buat masa ini bulan Mac 2015 in shaa Allah ada. Bulan April Mei Jun Wallahua'lam. Apepun sila tanya nombo yang tertera ya.

Sebarang tempahan atau pertanyaan,
♣ sms atau whatsapp ke 0193597733






Selamat Membeli Sambil Menderma


No comments:

Post a Comment