TABUNG CIK DANISH

Friday 4 March 2016

Festival Gaya Hidup Islam 2016

Bismillahirrohmaanirrohiimm.
Assalamua'laikum dan Selamat Sejahtera.

Cuti Sabtu Ahad tak tahu nak pergi mana? Apa kata cuci mata atau shopping di Festival Gaya Hidup Islam. Pelbagai aktiviti dan booth jualan diadakan di sana. Esok last tau. Sori Cik Danish lambat promot. Huhu.

Tapi Tapi Tapi,
Baca doa pergi shopping dulu tau sebelum keluar rumah tu.

Apa doa nya?
Ya Allah, aku berlindung denganMU Ya Allah, dari jual beli yang merugikan. Ameenn..

Kalau ada anak kecik, mintak sekali diorang doakan perjalanan tak jem dan senang dapat parking k? Doa budak budak ni in shaa Allah cepat makbul. Sebab mereka masih suci.

^_^

Happy Weekend semua..

^_^

ISLAMIC LIFESTYLE FESTIVAL

Siri jelajah Festival Gaya Hidup Islam diteruskan lagi untuk edisi ke-8 di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Dengan pelbagai aktiviti menarik seperti aktiviti jualan pelbagai jenama dan label fesyen untuk Muslimin dan Muslimat diikuti pelancaran portal dan platform fesyen “LAWALAH”, pertunjukan fesyen, persembahan artis, pencarian model, bicara khas program “PerSepsi”, cabutan bertuah, “Goodies Bag” percuma, demo solekan dan masakan dan lain-lain lagi.

Tarikh : 4 hingga 6 Mac 2016
Waktu : 10.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi : Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Ceriakan hujung minggu anda bersama rakan dan keluarga tercinta di Festival Gaya Hidup Islam 2016.

Festival Gaya Hidup Islam 2016 menyajikan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Untuk senarai lengkap jenama dan label yang menyertai,

Layari instagram rasmi
INSPIRING.LIFESTYLE

Laman sesawang rasmi
www.myinspiringlifestyle.com

Masuk Adalah Percuma.

^_^

Sumber,
Muka Buku Islamic Lifestyle Fest

https://m.facebook.com/IslamicLifestyle.BeInspired/

^_^







No comments:

Post a Comment