TABUNG CIK DANISH

Wednesday 30 March 2016

Seremban Street Art

Bismillahirrohmaanirrohiimm
Assalamua'laikum dan Selamat Petang.

❤ Nak jalan jalan mana tu?
❤ Nak pegi Negeri Sembilan?
❤ Nak pegi Seremban?
❤ Nak cari tempat selfie?
❤ Nak cari lukisan Street Art?
❤ Nak cari komik Ujang?
❤ Peminat setia Ujang?

❤ Jom poie Medan Seni Ujang

^_^

SEREMBAN STREET ART

^_^

❤ Merupakan Lukisan Street Art yang terletak di lorong belakang premis di Jalan Dato' Lee Fong Yee - Jalan Tunku Hassan - Jalan Dato' Bandar Tunggal. Kawasan belakang Bank HSBC.

❤ Tak nak naik kereta pun boleh. Naik je keretapi. Naik KTM Komuter tau. Turun KTM Seremban. Cari Bank HSBC. Cik Danish pun lupo dah tang mana HSBC tu. Nanti poie kono tanya orang la yo. Baru tak sesat. Selamat Mencari!

❤ Lukisan yang mempunyai elemen 3D berkonsepkan ciri ciri budaya masyarakat penduduk berbilang kaum di daerah Seremban dan Negeri Sembilan.

❤ Lorong seni ini akan diperluaskan lagi di dalam Bandar Seremban dengan menjemput lebih ramai pelukis tempatan dan dijadikan sebagai tarikan pelancongan baru di Negeri Sembilan.

❤ Lorong Seni Ujang yang terletak di Terminal One Seremban juga merupakan lagi satu tarikan Lukisan Street Art hasil kartunis terkenal Ujang.

❤ Sekiranya anda berkunjung ke Seremban jangan lupa abadikan kenangan di sini!

❤ Sumber Muka Buku
❤ Tourism Malaysia Negeri Sembilan
❤ https://m.facebook.com/TourismMalaysiaNegeriSembilan/

^_^


















No comments:

Post a Comment