TABUNG CIK DANISH

Sunday, 3 May 2015

Jacket Hoodie

Bismillah..
Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw..
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera..

Quick entry lagi kalini.
Jacket Hoodie..
Lelaki punya.
Tapi perempuan pun boleh pakai.

Harga
♥ 3 helai jacket RM100
♥ Pos semenanjung RM20
♥ Pos sabah serawak RM30

Promosi sepanjang bulan Rejab ni iaitu sehingga 29 Rejab 1436 bersamaan Isnin 18 Mei 2015 :
♥ 7 helai jacket RM200
♥ Pos semenanjung RM50
♥ Pos sabah serawak RM60

Selamat berjual beli.
Salam Rejab.
:-)

Saturday, 2 May 2015

Baju comel

Bismillah..
Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw...
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera buat semua...

Malamni Cik Danish nak buat quick entry mengenai baju comel.

Baju cotton
♥ 4 helai RM100
     Pos semenanjung RM10
♥ 12 helai RM300
     Free sehelai baju
     Pos semenanjung RM20

Tuesday, 28 April 2015

Tommee Tippee Colour My World

Bismillah..
Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw...
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera buat semua yang mampir ke blog Cik Danish....

Pertama tama Cik Danish nak ucap Syukran Jazilan kerana sudi mampir ke blog ini. Moga ada memberi manfaat kepada anda semua.

Keduanya sebelum kita meneruskan entry kali ini, Cik Danish nak ajak kita luangkan sedikit masa menyebut :
♥ Subhanallah - Maha Suci Allah
♥ Alhamdulillah - Segala Puji Bagi Allah
♥ Allahuakbar - Allah Maha Besar

Mabrouk. Alhamdulillah. Syukran kerana anda berjaya berzikir buat seketika.

◆◆◆◆◆◆◆

Sekarang Cik Danish start dengan entry kali ini iaitu Tommee Tippee. Cik Danish nak jual set botol susu Tommee Tippee dengan harga clearance. Kenapa harga clearance? Kerana ada sedikit manufacturing defect dan kotak defect. Secara ringkas ade sedikit ketidaksempurnaan.

Set botol Tommee Tippee yang dimaksudkan adalah jenis Color My World. Setiap set mengandungi 6 biji botol, puting dan penutup botol. Botol Colour My World ini ada 3 warna iaitu purple, pink dan hijau. Set clearance ini hanya ada 6 set.

Harga retail - RM140
Harga clearance - RM120

Tambah RM5 untuk postage semenanjung Malaysia. Free postage hanya untuk satu alamat semenanjung yang beli dua set botol yakni 12 biji botol pada satu masa. Ambil by hand juga bole tetapi hanya di ERL BTS. Untuk by hand, diskaun RM5 diberikan dan deposit RM65 diperlukan.

Oh lupe nak sebut. Tefal Essential in shaa Allah akan ada pemilik baru.. Alhamdulillah.. Moga bermanfaat selalu buat penggunanya.

Sekian untuk entry Tommee Tippee.
Selamat Malam semua.
Baca doa tidur.

:-)





Selamat Membeli
Wassap or Telegram Cik Danish
019 658 2631
Assalamua'laikum
♥

Wednesday, 15 April 2015

Korean Kids DIY Wardrobe April 2015

Bismillah..
Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw..
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera buat semua penyinggah blog Cik Danish..

Entry kali ini simple je.
DIY wardrobe April 2015 pattern Korean Kids..

♥♥♥♥♥♥♥

Korean Kids Wardrobe

9 Cube
Price : RM150
Include postage to peninsular
Include 1 Hanger
Size : 109cm x 35cm x 109cm

12 Cube
Price : RM180
Include postage to peninsular
Include 2 Hanger
Size : 109cm x 35cm x 144cm

16 Cube
Price : RM220
Include postage to peninsular
Include 2 Hanger
Size : 144cm x 35cm x 144cm

Material : frosted plasctic panel
Colour : Pink, Green, Blue

:-)




Selamat Malam
Selamat Membeli
Assalamua'laikum
♥


Tuesday, 7 April 2015

Tefal Essential

Bismillah..
Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw..
Assalamua'laikum dan Selamat Malam buat semua pembaca blog Cik Danish..

Malam ni Cik Danish cuma nak bagi kongsikan gambar tefal. Ya. Tefal barang masak masak tu. Beli dari UK. Ada dua set. Nak jual 1 je sebab ayah membebel beli sampai dua set. Set tefal yang mana ni? Set Tefal Essential. Nak jual hujung bulan April atau awal bulan Mei mengikut masa Cik Danish lapang. Sebab nak jual by hand sahaja di kawasan Bandar Tasik Selatan. Spesifiknya di kawasan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) tu. Kuala Lumpur la. Hehe. Kenapa by hand? Sebab harga nak pos mungkin mahal dan Cik Danish "rajin" nak balut set tefal tu  :-)

Set ni sesuai untuk orang yang tinggal bujang, pasangan yang baru berkahwin, hadiah kepada mak ayah yang hidup berdua je, keluarga yang ada anak kecil dan sapa sapa yang masak dalam kuantiti sedikit. Cop. Anak kecil? Apa kaitan dengan anak kecil kan? Sebab anak kecil perlukan makanan berkhasiat tiap kali nak makan. Set ini sesuai untuk masak makanan si kecil yang sikit kuantitinya.

Oke. Tak nak bebel macam macam lagi.
Ni Product Description yang copy paste dari website amazon kalau tak silap.

Enjoy stress-free, healthy cooking, with the range of Essential pans. Essential pans have a non-stick coating which means you don't need oil and the glass lids allow you to keep a close eye on your cooking.

All the pans in Tefal's Essential five piece set have aluminium bodies for even heat distribution - avoiding hot spots that could cause your food to burn, and the non stick exterior is designed to be easy to clean. The Essential range has a Resist Plus coating that provides a durable non-stick cooking performance. The PTFE Non-stick exterior proves easy to clean, and durabase technology ensures efficient heat distribution.

About Tefal
Tefal owes its origins to Frenchman Marc Grégoire, an engineer and keen fisherman. Monsieur Grégoire wanted the reel on his rod to run more smoothly, and experimented in the 1950s to see if a non-stick coating would work. It did, but it was his wife Collette who made the real breakthrough, suggesting the coating would be more useful in making cookware easier to use and clean. Tefal is a recgonised name in non-stick products and small appliances, operating in more than 120 countries. Tefal remains committed to making household tasks easier and cooking results better, through a constant flow of ideas, technology and innovation. Examples of that innovation can be seen in the ActiFry, the AirBake baking range and Tefal's Thermo Spot, which ensures your pans are always the right temperature to start cooking.

Tefal Essential
Box Contains
1 x 20cm Frying pan
1 x 24cm Frying pan
1 x 16cm Saucepan and lid
1 x 18cm Saucepan and lid
1 x 20cm Saucepan and lid

Harga orang lain jual ada RM350, RM355, RM360.
Harga Cik Danish, RM340.

Sekian untuk entry awal Set Tefal Essential Cik Danish. Selamat Malam..

Baca doa tidur; Bismikallahumma ahya waamuut.. Rajin lagi, tambah al-fatihah, ayat kursi dan 3 kul. Paling rajin lagi, baca surah al-mulk. Apapun, Moga kita dilindungi Allah dan dapat bangun solat subuh dengan senang esok pagi. Ameen..

:-)





Selamat Malam
Assalamua'laikum
♥

Thursday, 2 April 2015

Cool Hijab Serum Rambut

Bismillah..
Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad swt..
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca blog Cik Danish..
AlFatihah buat semua umat Islam yang masih hidup dan yang telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini..

Pertama tama Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana segala nikmat yang diberikan. Jutaan Terima Kasih dan Syukran Jazilan kepada pembeli pembeli yang budiman kerana berurus niaga. Alhamdulillah. Moga segalanya bermanfaat. Halalkan segala kekurangan Cik Danish ye.

Pagi yang ceria mulia penuh barakah ini, Cik Danish nak share satu serum rambut bagi wanita yang selalu mengalami masalah keguguran, kemasamam, kegatalan dan sebagainya. Benda baik elok disebarkan. In shaa Allah.

Nak cerita banyak tak berapa reti. Tapi Cik Danish sharekan karangan berita dari harian metro tak silap. Ini dia. Jemput baca ye.

♥♡♥♡♥♡♥

CoolHijab
Rambut harum 24 jam

Pemakaian tudung sepanjang hari termasuk ketika waktu panas terik boleh menyebabkan kulit kepala berpeluh, berbau dan kegatalan.

Keadaan itu sudah pasti menimbulkan rasa kurang selesa, apatah lagi sekiranya ia menjadi punca kepada masalah lebih memeningkan iaitu kelemumur dan keguguran rambut.

Apabila keadaan itu dibiarkan, lama-kelamaan kulit kepala bermasalah dan rambut kering dan bercabang hingga menjejaskan keyakinan diri sendiri.

Mencari penyelesaian kepada masalah itu, serum CoolHijab tampil sebagai produk yang mampu menyelamatkan rambut, menjadikan kulit kepala lebih nyaman, menyingkirkan bau hapak, mengurangkan kelemumur dan memperbaiki struktur rambut.

Lebih menarik, ia juga mampu mengekalkan keharuman rambut selama 24 jam, merawat masalah kulit kepala kegatalan dan berminyak selain boleh melegakan sakit kepala.

CoolHijab yang juga mampu melembutkan rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru, tidak merosakkan tudung kerana ia tidak melekit atau berminyak.

Dijual pada harga RM70 bagi botol bersaiz 30ml yang mudah dibawa ke mana-mana.

Akhir kata,
★ Coolhijab selamat, suci dan halal.
★ Coolhijab menjadikan rambut semakin sihat, sejuk dan wangi.
★ Coolhijab berdaftar dengan KKM
★ Harga RM70 dengan isian 30 ml sebotol

Sebarang tempahan
Whatsapp Telegram Cik Danish 0196582631

Sesuai dihadiahkan kepada diri sendiri, mak, isteri, kakak, adik dan sesiapa yang disayangi.

:-)










Selamat Membeli
Whatsapp Telegram Cik Danish
0196582631
♥

Wednesday, 25 March 2015

Charity Jars

Bismillah...

Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw..

Assalamua'laikum wbt dan Salam Sejahtera buat pembaca blog Cik Danish.

♥ Subhanallah.
♥ Alhamdulillah.
♥ Allahuakbar.
♥ Laa ilaha illallah Muhammadur Rasulullah..

Harini Cik Danish cuma nak share mengenai charity jars yang dilakukan oleh Puan Azila Aziz iaitu founder Telekung Project yang quiet famous dalam dunia kebajikan di muka buku. Muka buku? Facebook. Hehe. Mungkin ramai sudah mengenali Puan Azila dan projek yang dilakukannya. Tapi Cik Danish nak juga copy paste ayatnya sekadar untuk meluaskan lagi bahang charity jars ke dunia blog pula. Sharing is caring kan untuk benda baik :-)

Secara ringkasnya, charity jars ini diwujudkan untuk memupuk diri bersedekah setiap hari secara istiqomah. 1 set ada 8 balang. Iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad dan Harian. Nak buat sendiri pun boleh guna balang kaca hasil recycle prego atau jem roti yang ada kat rumah tu. Paling tidak pun boleh guna balang kuih raya atau botol botol plastik yang sedia ada di rumah tu. Tapi, kalau nak comel dan teringin nak membantu dengan membeli sambil menderma pun boleh. Beli sahaja dengan Puan Azila ni. Harga 1 set charity jars ini RM30 termasuk pos. 100% hasil keuntungan jualan charity jars ini Puan Azila akan masukkan ke dalam dana Dapur Ramadhan Syria yang diusahakannya.

Ok. Ni yang Cik Danish copy paste detail mengenai charity jars. Selamat Membaca.

♥♡♥♡♥♡♥

#CharityJars

Apa itu Charity Jars?

Balang2 yg dilabelkan mengikut hari dari Isnin hingga Ahad dan admin tambah satu hari lagi yang dinamakan EVERYDAY. Charity Jars ini hanyalah balang2 biasa tidak semestinya pakai atau beli dari admin, sahabat boleh juga recycle dari balang2 yg ada atau boleh buat sendiri. Susun balang2 ini ditempat yg dapat memotivasikan diri sendiri.....

Bagaimana Charity Jars ini berfungsi?
PELBAGAI kaedah boleh dimanfaatkan dgn Charity Jars ini. Dan admin akan terangkan mengikut amalan admin selama ini dan sahabat boleh lakukan mengikut kesesuaian masing2.

Setiap 1hb setiap bulan, admin akan niatkan setiap isi dalam Jars itu untuk siapa? Berdasarkan pengetahuan admin terhadap insan-insan yg memerlukan. Jadi admin mulakan balang yg kosong dgn mengisi 'NIAT' utk disedekahkan pada siapa/pihak mana. Bermakna 8 jars..... 8 org/pihak yg admin NIATKAN utk menerima sedekah dari Charity Jars ini.

(TAMBAH NILAI: bila nak buat keputusan insan/pihak mana yg nak diniatkan, cuba libatkan anak2 dgn bertanya maklumat dari mereka jika mereka tahu mana2 rakan sekolah mereka yang memerlukan. Secara tak langsung mendidik anak kita prihatin dgn insan lain. Atau admin selalu input pada anak2 tentang isu semasa agar mereka tahu pihak/insan mana yg memerlukan lalu kami buat keputusan BERSAMA utk niatkan setiap isi balang adalah utk SIAPA.)

Setelah niat dipasang, admin dan anak2 akan DISPLAY balang2 itu sebagai motivasi kami utk memberi pada yg telah diniatkan bulan itu. Bermakna, setiap hari admin didik anak2 agar BERKONGSI sedikit wang tambang sekolah dgn CHARITY JARS dan admin juga mula memasukkan wang dalam charity jars sebagai sedekah subuh. Biarlah sedikit duit yg dimasukkan tapi yg penting ISTIQAMAH. Dan admin juga mendidik diri dan anak2 sebelum tidur cuba check mana2 ruang utk kita kongsikan duit baki utk hari tersebut dan masukkan dlm jars sebelum tidur. Sebab kematian itu kita tak tahu bila, mungkin masa tidur.... makanya lepaskan apa yg berbaki supaya menjadi tambahan pahala....

Begitulah setiap hari..... sehingga cukup sebulan kami bersama2 akan kira berapa yg dpt dan kami akan agihkan pada insan/pihak yg diniatkan. Dan setiap 1hb kami ulang semula proses dgn membarukan niat utk bersedekah pada siapa dan siapa lagi.....

Itulah amalan charity jars yg admin amalkan dgn anak2.... MULAKAN HARI DENGAN BERSEDEKAH dan TUTUP HARI SEBELUM TIDUR JUGA DENGAN BERSEDEKAH. Charity jars ini hanyalah ruang dan amalan utk kami visualize usaha kami anak beranak dan JIKA MEMBAWA KEBAIKAN kami mahu berkongsi dengan kalian semua.

Charity Jars ini tidak semestinya beli dgn admin... boleh DIY dan yg nak sebarkan idea ini juga digalakkan dan yg nak usaha menjual set Charity Jars ini seperti admin juga digalakkan kerana admin percaya ramai diluar sana yg lebih kreatif dari admin. Charity Jars ini tiada COPYRIGHT kerana ilmu dan ilham adalah milik ALLAH dan admin sekadar berkongsi apa yg admin amalkan. Cuma disini admin nak ambil kesempatan utk terangkan admin NGO tidak boleh buat keuntungan, maka setiap profit dari penjualan SET CHARITY JARS adalah 100% utk kegunaan charity dan admin niatkan profit penjualan ini kepada DAPUR RAMADAN SYRIA......

Semoga bermanfaat.... utk insan yg sudi membaca word by word :)

Salam Ukhwah
Azila Aziz

★☆★☆★☆★

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli sambil menderma,
 ♣ 1 set = 8 jars = RM30 termasuk pos
 ♣ Warna : limited edition/pastel/rainbow/biru
 ♣ sms atau whatsapp ke 0193597733


♥♡♥♡♥♡♥

Note : Cik Danish tidak pasti ye sampai bila charity jars ini akan dijual. Buat masa ini bulan Mac 2015 in shaa Allah ada. Bulan April Mei Jun Wallahua'lam. Apepun sila tanya nombo yang tertera ya.

Sebarang tempahan atau pertanyaan,
♣ sms atau whatsapp ke 0193597733






♥
Selamat Membeli Sambil Menderma
♥